Select Page

Pelaburan Terbaik

 

As Salamualaikum dan selamat sejahtera.

Umum diketahui ramai ,pelaburan ialah cara yang paling ampuh untuk mendapatkan sesuatu.

Pelaburan boleh jadi dalam bentuk tenaga,masa ataupun wang.Pelaburan juga boleh jadi dalam bentuk pendidikan dan usaha.

Ok baik harini,saya akan ceritakan tentang pelaburan yang ada di Malaysia.

Berikut adalah 10 Peluang Pelaburan Terbaik di Malaysia.

1. Pelaburan tunai tetap (Fixed Deposit)

Peluang pelaburan yang boleh dikatakan selamat adalah pelaburan tunai tetap.

Contoh paling utama adalah akaun simpanan tetap, atau fixed deposit.

Boleh contact bank terdekat anda. Mana mana bank ada buat pelaburan tunai tetap.

2. Pelaburan Unit amanah/amanah saham

Pelaburan unit amanah (unit trust) melibatkan tiga pihak iaitu pelabur, pengurus dana dan pemegang amanah.

Pelabur mengeluarkan modal dengan harapan mendapatkan untung.

Pengurus dana menguruskan dana dan melabur mengikut objektif yang ditetapkan.

Boleh contact sini untuk melabur dalam dana amanah terbaik di Malaysia

3. Pelaburan Saham

Melabur dalam pasaran saham bermaksud membeli sebahagian equity syarikat.

Dalam erti kata yang lain pelabur confident dengan business yang diniagakan syarikat dan mengharapkan syarikat yang dibeli akan terus maju dan berkembang sambil menjana keuntungan, supaya nilai syarikat bertambah dan dividen lumayan dapat diberikan.

PELABURAN saham syarikat-syarikat tersenarai di Bursa Malaysia boleh menjadi untung atau rugi.

Sesuatu perniagaan atau pelaburan tidak dinafikan mempunyai risiko.

Maka pelabur seharusnya mempunyai ilmu fundemental dan teknikal dalam pelaburan saham.

4. PELABURAN HARTANAH
Jika anda mahu suatu pelaburan yang tinggi pulangannya dan rendah risikonya,maka anda harus consider untuk melabur dalam hartanah. Pelaburan hartanah dan property ini melibatkan urusniaga jual beli atau sewa tanah, rumah kediaman, lot kedai, kilang, resort atau homestay.

Beli rumah/tanah/kedai, kemudian jualkan.

Beli rumah/tanah/kedai, kemudian sewakan.

Beli rumah/tanah/kedai, kemudian usahakan atau upah orang untuk usahakan.

Sewa rumah/tanah/kedai, kemudian sewakan pula kepada pihak ketiga (sublet)

Kesemua ini adalah contoh pelaburan hartanah fizikal, yang mana melibatkan hartanah yang wujud secara nyata.

Ramai orang yang menjadi kaya kerana terlibat dalam pelaburan hartanah.

5. Pelaburan Hartanah ‘kertas’

Sesetengah orang dia tidak ada masa untuk menguruskan hartanah fizikal.Namun minat terhadap hartanah itu ada.Yang boleh dicadangkan kepadanya untuk melabur dalam REIT

Kiranya, pelabur tidak mendapat hak sepenuhnya ke atas hartanah, tetapi dijaga oleh pengurus dana.

Pelaburan hartanah kertas juga dikenali sebagai Real-Estate Investment Trust (REIT).

Rangka asas REIT sama seperti unit amanah, yang mana pelabur mengeluarkan modal dan pengurus dana yang akan membeli hartanah dan menguruskan pelaburan.

6. Pelaburan Komoditi fizikal

Pelaburan komoditi fizikal melibatkan item fizikal seperti emas, perak, berlian, barangan dagangan, barangan koleksi dan barangan antik.

Pelaburan komoditi adalah pelaburan harta tidak produktif, maksudnya keuntungan hanya diperoleh apabila komoditi tadi dijual pada harga yang lebih tinggi daripada harga yang dibayar semasa dibeli.

Beli pada harga murah, jual pada harga mahal.

Beli pada harga mahal, jual pada harga lebih mahal.

Itu sahaja strategi untuk untung melalui pelaburan komoditi.

7. PELABURAN TABUNG HAJI

Pelaburan tabung haji adalah simpanan wang dalam Tabung Haji bertujuan untuk menunaikan haji di Mekah.

Kelebihan pelaburan1 tabung haji : Pulangan 6% setahun bebas zakat, kemudahan pergi haji.
Kekurangan pelaburan tabung haji : Pulangan terlalu rendah daripada kadar inflasi
Risiko pelaburan : Tiada risiko dan selamat
Pengalaman dalam pelaburan : Pengalaman menyimpan sedikit wang dalam tabung haji untuk beratur daftar haji.

8. PELABURAN MATA WANG ASING FOREX

Pelaburan Tukaran Matawang Asing (Forex) merupakan jenis pelaburan yang sangat berisiko tinggi tapi boleh memberikan keuntungan yang cepat dan lumayan sekiranya mempunyai ilmu analisa graf forex, namun boleh mendatangkan kerugian dalam kuantiti yang besar.

 

9. PELABURAN KOPERASI

Pelaburan di koperasi atau bank koperasi seperti Bank Rakyat paling menguntungkan berbanding pelaburan kecil yang lain kerana mendapat pulangan lebih kurang 15% setahun.

Kelebihan pelaburan koperasi : Keuntungan lebih kurang 15% setahun
Kelemahan pelaburan koperasi : Susah untuk melabur kerana perlu menjadi anggota dan limit pelaburan yang sedikit serta tunggu giliran untuk tambah pelaburan.

10. PELABURAN DALAM PERNIAGAAN
Pelaburan dalam perniagaan adalah membina business dengan modal sendiri atau perkongsian. Pelaburan dalam perniagaan paling menguntungkan perniagaan diurus dan dijaga dengan baik 9 daripada 10 rezeki adalah dari perniagaan.

Sekian sahaja perkongsian daripada saya harini.

 

shares