Select Page

Assalamualaikum w b t

Umum diketahui,baru-baru ini Uber telah diambil alih oleh Grab setelah bertahun-tahun cuba untuk bertahan di Asia Tenggara ini,tetapi akhir kecundang jua gergasi besar ini kepada syarikat tempatan.Tahniah,itu satu pencapaian yang boleh dibanggakan.

Dari satu sudut yang lain pula,tidak kurang juga yang bersedih atas pemergian Uber ,terutamanya pengguna setia dan pemandu yang kadangkala bila ditanya telah memandu Uber sejak ia awal-awal wujud di Malaysia.Yang paling terkesan adalah kepada para pemandu Uber yang dahulunya pernah bersama Grab dan telah di ‘Ban’ oleh syarikat tersebut ,kadang kala atas salah laku,ataupun oleh sebab-sebab yang tertentu.Dalam keadaan seperti ini,mereka punca hilang rezeki.Ada yang menjadikan platform Uber sebagai mencari pendapatan sepenuh masa.Dengan komitmen yang bertimbun-timbun menjadikan pemergian Uber ini sebuah pengalaman yang memeritkan bagi mereka.Cuba bayangkan selama beberapa tahun bekerja dan mendapat pendapatan yang lumayan,akhirnya syarikat gulung tikar tanpa meninggalkan apa-apa.

Namun demikian,kekosongan ini telah menyebabkan vakum yang sangat besar dan beberapa syarikat E Hailing baru telah mengisi ruang ini.Berikut adalah beberapa senarai ehailing yang bakal memberikan tamparan hebat kepada gergasi Grab:-

1.DACSEE

DACSEE yang bermaksud DECENTRALIZED ALTERNATIVE CABS SERVING
& EMPOWERING EVERYONE merupakan sebuah ehailing baru dengan niche dan konsepnya yang tersendiri.Dengan berkonsepkan komuniti dengan memberikan semula kepada pelanggan dan pemandu,ia menjadikan syarikat ini sangat berdaya saing dan kompeten.Antara  e Hailing yang akan memberikan kesan paling dalam kepada industri ini ia mempamerkan beberapa features.Antaranya ialah sistem referal yang sangat menguntungkan para pengguna dan pemandu,boleh menambah list pemandu pilihan untuk masa hadapan jika mahu request semula driver yang sama dan sebagainya.Saya berpandangan apps ini juga bakal merubah wajah ehailing yang kita ketahui sebelum ini.Ia bakal menjadi darah daging kita seperti mana Facebook dan laman sosial media lain.Menarik kan?

2. MyCar

Baru-baru ini sebuah syarikat bernama Platform Apps Sdn Bhd telah mengumumkan bahawa ia akan cuba mengisi kekosongan yang ada.Dengan mengambil inisiatif ini,mengambil kira kerisauan para pemandu yang sebelum ini beroperasi bawah platform Uber dan Grab mereka mengambil langkah dengan mengambil komisen yang lebih rendah daripada gergasi yang sedia ada sebanyak 15 peratus sahaja berbanding Grab yang mengambil sebanyak 25 peratus.

Apps ini yang pada awalnya bermula dengan hanya 2000 pemandu dengan trip yang dilakukan sebanyak 5000 trip sehari berikutan perasmiannya pada 1 Febuari 2018

Pada pendapat saya,platform baru ini kelebihannya hanyalah pada komisennya yang lebih rendah tanpa menampilkan apa-apa sebarang kelainan daripada abang dan kakaknya.Walaupun bagaimanapun ia adalah sebuah platform yang harus dicuba oleh para pengguna kerana apps yang lebih mudah berbanding Grab.

3. Riding Pink

https://youtu.be/3-pb1fy4Rsw

Riding Pink memulakan penampilan mereka bergaya dengan berkonsepkan Ladies for Ladies telah menarik perhatian orang ramai.Dengan concern isu keselamatan dan kepercayaan,saya percaya ramai yang akan tertarik dengan idea yang ditampilkan oleh syarikat tersebut.Antara features yang ada dalam apps ini adalah termasuk Pre Book Rides,Customises Rides,Recurring Rides dan sudah semestinya Women only.Mereka juga tengah mengadakan promosi khas iaitu dengan mengambil hanya 10 peratus komisen daripada ride yang nilainya bawah RM 10.

Jadi harapnya dengan keberadaan alternatif-alternatif ini dapat memberikan saingan yang sihat dan mantap kepada industri e-hailing tanah air kita.Hidup e hailing Malaysia.Hidup Malaysia.

 

danialasr.com

shares