Select Page

Assalamualaikum w.b.t

Satu lontaran

1 .Saya nak tanyakan kepada anda satu soalan.Pernah tak anda melakukan sesuatu tanpa merancang perkara tersebut?Misalnya,anda mahu berjaya dalam sesuatu seperti berjaya dalam peperiksaan di universiti atau di tempat kerja akan tetapi anda tidak pernah merancang dan mengorak langkah bagaimana untuk lulus dalam setiap peperiksaan tersebut.

2. Ok,maafkan saya kalau saya terguris sestengah pembaca, kerana ada daripada kita yang berjaya kaya raya tidak pernah melalui jalan akademik dan pembelajaran universiti.Saya nak tanya kepada anda,yang berjaya di luar sana tu,anda berjaya membina sebuah empayar syarikat gergasi tanpa perancangan ke?

Sudah tentu tidak.Saya yakin 100 peratus kebanyakan daripada kita yang berjaya dalam bidang masing-masing.

Begitu juga dalam Perancangan Kewangan.

3. Inshallah hari ini, saya akan berkongsi sedikit kepada anda semua tentang apa itu Perancangan Kewangan dan bagaimana kita melihat Perancangan Kewangan dari perspektif yang berbeza iaitu perspektif Islam dan Syariah

4. Sebelum kita pergi lebih jauh ke dalam aspek Syariah dan Islam secara umum,perlu kita faham dulu apa itu Perancangan Kewangan.Ini kerana terlalu banyak sangat salah faham di luar sana tentang perancangan kewangan sama ada ia tidak betul ataupun ia tidak bersifat menyeluruh.

Ok,bagi sesiapa yang tidak tahu,

  • bidang Perancangan Kewangan ini adalah bidang professional yang membolehkan untuk akses kepada kewangan seseorang ataupun sebuah syarikat dan juga matlamat kewangan mereka.Ingat dua poin ini,AKSES dan MATLAMAT KEWANGAN .

  • Selain itu,bidang ini mengambil kira juga tentang strategi atau faktor faktor lain untuk mencapai dua benda di atas.

5. Bagi aspek Perancangan Kewangan holistik pula boleh dibahagikan kepada beberapa aspek antaranya ialah:-

  • Analisa Kewangan Peribadi

  • Matlamat Kewangan

  • Perancangan Bajet

  • Pengurusan Risiko dan Takaful

  • Tabung Kecemasan

  • Pelaburan

  • Persaraan

  • Zakat dan Cukai

  • Pendidikan Anak

  • Pengurusan Hutang

  • Perancangan Pusaka

Oleh itu,segala perkara di atas memerlukan satu perkataan iaitu Perancangan diikuti oleh praktikal dan implementasi.Kalau tidak semua perancangan tersebut akan hanya jadi sia-sia dan tidak berguna.

Ya,inilah takrif atau definisi Perancangan Kewangan seperti yang saya fahami dan saya anda semua faham.

6. Seterusnya, saya ingin membincangkan serba sedikit bagaimana Syariah dan Islam melihat Perancangan Kewangan?

Adakah perancangan kewangan ini menunjukkan kita ini gila harta dan dunia atau bagaimana?

Sebenarnya tuan-tuan dan puan-puan,

Perancangan kewangan tidak boleh hari daripada Syariah dan Islam.Seperti mana yang kita tahu,segala hasil mahsul , harta di bumi ini adalah semata-mata amanah yang diberikan oleh Allah kepada kita untuk dimanfaatkan sebaiknya untuk seseorang dan masyarakat secara umumnya.Setelah kita tahu akan hakikat dan realiti ini, segala bentuk pengumpulan harta dan yang berkaitan dengannya seharusnya dilakukan mengikut undang-undang dan syariat Allah s.w.t

Ini termasuk pada cara kita berbelanja,cara kita melabur, cara kita membeli makanan, di mana kita berbelanja sebab kita sebagai Muslim tahu, hidup kita bukan di dunia tapi juga di akhirat.

Oleh itu boleh disini disimpulkan secara umum, erti kata Perancangan Kewangan yang kita fahami sebenarnya lebih luas,bukan sahaja merangkumi kesejahteraan di dunia,akan tetapi juga memikirkan kesejahteraan di akhirat.

Masih bertahan?

7. Kita bincangkan pula tentang Konsep Belanja dalam Islam.Apakah agama kita menyuruh bersedekah memanjang atau suruh menyimpan semata-mata?Mari kita cuba dapatkan garisan tengah tentang isu Berbelanja

Kalau berdasarkan teori ekonomi secara umum, berbelanja dan membuat bajet perbelanjaan adalah satu cara untuk mencapai keseimbangan. Sebenarnya berbelanja yang dimaksudkan ialah bukan belanja mewah-mewah ,akan tetapi yang dimaksudkan sebenarnya ialah dengan membelanjakan pada jalan dan tempat yang betul.

8. Perancangan kewangan tidak boleh lari daripada perkara ini.Setelah kita tahu benda ini,seharusnya yang perlu dilakukan oleh setiap orang adalah untuk meletakkan matlamat kewangan kita sama ada ia matlamat jangka pendek,sederhana ataupun panjang selari dengan tuntutan Syariah itu sendiri.

9. Sesetengah orang berpersepsi bahawa Belanja yang dimaksudkan sini adalah Belanja Sekarang semata-mata.Persepsi itu sebenarnya tidak benar.Yang sebenarnya adalah gabungan antara dua iaitu perbelanjaan sekarang dan perbelanjaan Masa hadapan.Ini adalah untuk mengelakkan seseorang itu mengalami masalah di masa hadapan nanti apabila tidak mempunyai pendapatan dan sebagainya.Cuba baca tulisan saya di sini .

Bila kita faham konsep umum inilah, baru kita akan lebih faha,m betapa pentingnya simpanan dan pelaburan kerana ia bersangkut paut dengan pegangan agama kita dan menjadikan ia sangat penting dalam kehidupan kita.

Oleh itu saya akhiri  dengan ayat-ayat daripada Al Quran :-

A031

Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yang indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan sembahyang), dan makanlah serta minumlah, dan jangan pula kamu melampau; sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yang melampaui batas.(Al-A’raf ayat 31)

A027

Sesungguhnya orang-orang yang boros itu adalah saudara-saudara Syaitan, sedang Syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada Tuhannya.(Al-Isra’ ayat 27)

Sekian Assalamualaikum w b t

 

 

shares