Select Page

Wasiat dan Hibah.

Kita sering mendengar tentang dua perkara ini.

“Nanti bila Mak meninggal nanti, adik jangan risau ye, mak sudah wasiatkan semua harta Mak kepada adik”

“Saya jual hibah takaful bang.Memang syarikat ini sahaja yang buat hibah takaful”

Dan sebagainya.

 

Adaakah ini semata-mata makna hibah dan wasiat yang kita fahami?

Adakah ini kefahaman mainstream yang disuapkan kepada kita saban hari?

Adakah kita telah melakukan proses pendokumentasi wasiat dan hibah dengan cara betul?

Jom kita menyeluri apa itu sebenarnya wasiat dan hibah.

Wasiat

Wasiat yang dibahagikan dalam islam mempunyai 3 jenis iaitu Wasiat Pesanan, Wasiat Harta dan Wasiat Pentadbiran. Kesemua wasiat perlu ditulis, dokumentasi dan dilantik saksi.

Dalam mewasiatkan harta, dalil yang paling masyhur adalah

عن أبى أُمامةَ قال سمعت النبى صلى الله عليه وآله و سلم يقول

( إِنَّ اللهَ قَدْ أَعْطَى كُلَّ ذِى حَقٍّ حَقَّهُ فَلا وَصِيَّةَ لِوارِثٍ)

Daripada Abi Umamah berkata, “Aku telah mendengar Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wassallam bersabda, Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memberikan kepada orang yang berhak haknya, ketahuilah tiada wasiat kepada ahli waris” (Hadits Riwayat Abu Daud)

Dalam hadith ini jelas dinyatakan tiada wasiat kepada ahli waris (penerima faraid). Wasiat boleh diberikan kepada selain daripada waris seperti anak angkat dan anak tiri.

Dalam sebuah dalil

[Daripada Saad bin Abi Waqas r.a]

Daripada bapanya dia berkata,

Aku telah sakit yang teruk ketika di Mekah. Kemudian aku sembuh  dari sakit yang boleh membawa mati. Maka Rasulullah saw sentiasa datang melawatku, kemudian aku bertanya Rasulullah saw,

‘Wahai Rasulullah!  Aku mempunyai harta yang banyak dan tidak ada yang akan mewarisiku  melainkan seorang  anak perempuan.  Apakah boleh aku sedekahkan dua pertiga (2/3) daripada hartaku?’

Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’.

Aku berkata; Bagaimana kalau separuh (1/2)?

Jawab Rasulullah saw, ‘Tidak!’

Aku berkata, ‘Kalau satu pertiga (1/3)?

Jawab Rasulullah saw,

‘Satu pertiga (1/3) itu sudah banyak. Sesungguhnya adalah lebih  baik kamu meninggalkan anakmu kaya dari meninggalkan mereka miskin, meminta-minta  daripada orang lain. Sesungguhnya apa yang kamu belanjakan  akan diberi pahala walaupun  sesuap makanan kepada isterimu’.   

======================

Hadith di atas  adalah kisah mengenai seorang sahabat yang bertanya kepada Rasulullah tentang jumlah yang boleh diwasiatkan. Dan dalil inilah menjadi bukti bahawa hanya 1/3 harta yang boleh wasiatkan.

Jadi di sini harta yang boleh diwasiatkan adalah hanya 1/3 daripada keselurahan harta.Tapi, kalau pemilik harta tersebut mahu mewasiatkan lebih daripada 1/3, waris yang lain harusnya bersetuju.Jika mereka semua bersetuju, barulah wasiat itu boleh dilaksanakan

Hibah

Apa beza sebenarnya Hibah dan Wasiat?

Mari saya ceritakan sedikit.

Hibah bermaksud hadiah.Seperti mana kita memberi hadiah kepada kekasih kita,kita tidak mengharapkan sebarang balasan kerana kasih kita pada penerima tersebut.

Dari segi perancangan kewangan pula, hibah merupakan satu instrumen yang memudahkan pemindahan harta kepada penerima.

Dari segi dokumen pula, urusan hibah ini memang perlu didokumentasikan secara betul, perlu ada saksi tanpa ada sebarang paksaan .

ADAKAH ANDA PERLU MEMBUAT HIBAH?

Kalau anda rasapada  keterbatasan wasiat 1/3, solusi lain yang boleh dipertimbangkan adalah dengan HIBAH

Ada setengah orang percaya 100 peratus terhadap warisnya.Ada setengah orang tidak.Jadi,bagi mereka yang mempercayai warisnya 100 peratus boleh pertimbangkan Hibah.Manakala golongan yang kedua, yang tidak percaya bahawa anak atau warisnya mampu menguruskan sebahagian harta untuk diberikan kepada golongan yang memerlukan atau amal jariah lain, Hibah juga boleh memberi solusi kepada masalah ini.

Klik Di sini untuk mengetahui lebih lanjut

http://www.danialasr.com

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

shares