Select Page

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdullilah musim pilihanraya telah kembali lagi setelah 5 tahun.Kelip mata kelip mata, sekejap sahaja masa berlalu.Ada sesiapa yang ingat apa pengalaman semasa sesi pilihanraya sebelum ini?

Pengalaman terakhir saya terlibat dalam pilihanraya adalah pada tahun 2011  di Sarawak.Memang satu pengalaman yang menakjubkan.Saya telah berpeluang untuk berjumpa dengan rakyat tempatan dan berkempen.Saya juga berpeluang untuk membantu jentera parti A serta pernah menjadi bodyguard kepada para penceramah yang berkempen.

 

Jika kita imbas kembali , kita sering dimomokkan dengan gaya politik yang jumud dan tidak terbuka.

Antara contohnya adalah:-

-Caci mencaci dan maki hamun.Pihak politik biasanya akan melontarkan

-Undi kerana taksub kepada parti,walaupun calon yang dikemukan tidak layak dan berwibawa.Kalau dicalonkan sebatang penyapu pun mereka sanggup untuk undi penyapu tersebut.

– Kafir mengkafirkan pihak yang tidak sama pendapat.

-Bergaduh secara fizikal,membahayakan orang lain.

dan sebagainya, anda lebih mengetahui.

 

Namun,zaman berubah.Bak kata pepatah moden “Weyh its 2018 la weyh”

Rakyat tidak mahukan lagi politik kotor dan memburukkan orang.Rakyat mahukan politik cara matang.Lihat Britain dan Canada.Bukankah mereka contoh yang baik ?

Ada setengah orang tanya kepada saya, “Danial,kau undi siapa tahun ini?Biru muda atau biru tua?”

Prinsip saya mudah.

Sistem,organisasi,persatuan,masyarakat mahupun negara terbentuk oleh individual.Jadi,secara peribadinya saya berpendapat,yang paling berkesan dalam membentuk dan memilih wakil rakyat adalah dengan mendidik diri sendiri tentang Ilmu Pengurusan Kewangan.Izinkan saya berkongsi kepada kawan-kawan semua.

Antara Ilmu Pengurusan Kewangan adalah:-

Pertama kita melakukan setiap perkara berdasarkan fakta bukan emosi.Setiap keputusan mesti berdasarkan fakta.Tunjukkan bukti dan statistik.Kalau anda tidak berpegang kepada fakta,misalnya anda tahu syarikat takaful A / syarikat unit amanah tidak memberikan manfaat dan keuntungan yang besar dan konsisten,tetapi anda masih membelinya anda yang akan menanggung kerugian.Begitu juga dalam pilihanraya,setiap calon  harus tunjukkan apa track record mereka,apa kelebihan mereka dan kenapa mereka layak.

Kedua,jangan tengok kepada pulangan semata-mata.Antara kunci penting dalam pengurusan kewangan adalah pengurusan antara Pulangan dan Risiko.Biasa orang kita ni selalu cepat terpengaruh dengan return pelaburan yang tinggi.”Bang,abang join investment ni conpem untung 30 peratus setiap tahun.Dijamin”,yang dijaja hanyalah return.Sedangkan kita perlu tahu,dalam pelaburan The Higher The Return The Higher Risk.

Sama juga dengan janji-janji /manifesto para calon.Kita mahukan yang mapan bukan sekadar janji-janji manis.

Ketiga, Review Kembali.Setiap 4-5 tahun,dalam pengurusan kewangan,kita hendak selalu review kembali adakah pelaburan kita memberikan kita keuntungan atau tidak?

Kalau bagus,teruskan pelaburan tersebut.Kalau tidak untung,apa lagi.Faham-faham sendiri.

Sama juga dalam Pilihanraya.Kalau anda rasa calon tersebut pada sebelum ini telah membawa kebaikan kepada kawasan dan negara secara umumnya, teruskan mengundi beliau.Kalau track recordnya tidak baik, lakukan sebaliknya.

Jadi harapnya dengan kaedah yang saya kongsikan tadi, kita dapat memilih calon yang terbaik untuk berkhidmat demi rakyat,agama,bangsa dan negara.

 

Sekian Assalamualaikum w . b . t

http://danialasr.com

 

shares