Select Page

 

Seperti mana yang kita tahu, kita hidup di zaman yang barangnya mahal, kos hidup tinggi, sewa rumah tinggi dan sebagainya.Selain itu,dengan hadirnya media sosial yang penuh dengan cara hidup bermewah boleh menyebabkan tekanan kepada si pembaca.

Akhirnya,ramai daripada kita yang terpaksa membuat kerja tambahan selain daripada kerja yang ada pada siang hari.Selain itu juga, ada juga yang terpaksa menjadik kerja tambahan itu sebagai kerja sepenuh masa kerana dibuang oleh majikan masing-masing.Antara kerja yang mereka buat selepas dibuang kerja ialah dengan memandu sebagai pemandu Grab.

 

 

 

Jadi pada hari ini, saya akan kongsi 6 perkara yang wajib sebagai seorang pemandu Grab.

1.Catat Setiap Aliran Duit Keluar Masuk

Sebagai seorang pemandu,cabaran paling utama yang saya boleh jamin ialah akan ada kebocoran duit.Kalau driver dulu-dulu mereka terpaksa menulis sendiri di buku 555 . Sekarang sudah ada catatan dan historical data dalam aplikasi grab ,ia akan memudahkan lagi kiraan duit.

 

2. Carum dengan PERKESO/ SOCSO

PERKESO menyediakan bantuan tertentu contohnya perubatan dan kewanngan melalui skim tertentu kepada pencarum.

Manfaat ini turut boleh dinikmati oleh ahli tanggungan sekiranya berlaku kematian kepada pencarum dengan syarat tertentu.

Terdapat 3 skim dalam PERKESO iaitu :

a. Skim Bencana Pekerjaan
b. Skim Keilatan
c. Skim Bencana Kerja Pekerjaan Sendiri.

Ramai Tak Tahu Manfaat SOCSO, 5 Penerangan Ringkas Tentang Hak Pencarum

3.Carum dengan KWSP

Bila bekerja sendiri,pendapat pun tidak menentu.Jadi sememangnya sangat baguslah jika kita dapat mencarum.Antara Skim caruman yang ada ialah Skim Simpanan Persaraan 1 Malaysia.Banyak faedah yang boleh kita dapat,even pekerja biasa pun tidak dapat.Anda boleh daftar melalui borang yang disediakan dan pergi cawangan KWSP yang terdekat.

 

4. Menyimpan di ASB/Tabung Haji/Unit Trust.

Jika anda tidak gemar mencarum dengan KWSP,anda juga boleh menyimpan di ASB,Tabung Haji ataupun Unit Trust.Instrumen-instrumen ini kebiasaanya boleh memberikan pulangan yang lebih tinggi.Cuma di sini ,simpanan di tempat-tempat sebegini sangat cair dan mudah untuk dikeluarkan.Tanpa displin dan iman yang tinggi,saya cadangkan lebih baik mencarum di KWSP.

5. Takaful

Sebagai pemandu, kita berdepan dengan risiko yang tinggi  untuk terlibat dalam kemalangan dan sebagainya.Tambahan pula, kalau pasangan kita seorang suri rumah yang tidak bekerja,harus sangat-sangat untuk ambil Takaful.Sekurang-kurangnya kalau anda meninggal semasa kerja mereka akan mendapat pampasan kematian.

6.Tabung Kecemasan

Kebiasaanya Grab akan bank in duit insentif pemandu setiap minggu.Jadi setiap kali dapat income,agihkan siap-siap 10-30 peratus ke dalam tabung kecemasan.Daripada duit tabung kecemasan inilah akan digunakan sekiranya berlaku kemalangan kecil atau tukar tayar dan sebagainya.Kadar simpanan yang disarankan ialah kita berusaha untuk cukupkan 6-12 bulan gaji/income supaya jika apa-apa terjadi, kita masih mampu untuk hidup dalam tempoh tersebut.

 

 

shares