Select Page

Ini KISAH BENAR YANG BERLAKU PADA AKU YANG SANGAT MENYEDIHKAN.

Kisah yang betul betul menyentuh ke dalam jiwa yang kerdil

Allah.Allah.Allah

Ini kisah aku dengan seorang prospek aku yang Mulia.Beliau telah meninggal dunia dan Semoga Allah merahmati beliau.

===========================

Kisahnya begini,

Beberapa minggu sebelum beliau meninggal,aku telah approach beliau dan propose untuk investment.Pada awalnya beliau berat hati kerana sudah melabur di tempat lain.Beliau pun seorang yang agak advance dalam bidang Financial kerana beliau seorang Pakar dalam bidang tersebut.tapi setelah diterangkan dengan lebih detail beliau pun bersetuju untuk melabur.

===========================

Dipendekkan cerita beliau jatuh sakit di hospital.Aku pun lupakan niat aku untuk mengurus duit beliau kerana kesian dan ingin berikan masa kepada beliau untuk sembuh.Setiap kali aku call beliau untuk tanya khabar(beliau masih berada di hospital) beliau akan berpesan jangan lupa untuk bawa beliau untuk keluarkan baki duit dari sebuah syarikat unit amanah untuk aku uruskan.

Aku termenung dan terfikir,dalam keadaan sebegini apa yang boleh aku bantu dan sumbangkan kepada beliau.Takkan nak bantu dari segi investment,macam tak kena tempat(walaupun aku berniat baik huhu)

Lalu aku baru teringat aku sebenarnya mampu untuk membantu beliau.Aku terlupa aku ini juga seorang perunding dalam bidang Pengurusan Harta Pusaka dan Wasiat.

Pada awalnya,saya tidaklah serious untuk propose idea tersebut,sebab masa tu ingatkan arwah masih ceria dan sihat.

2 Hari kemudian,setelah selesai hari kerja,pada malamnya bercadang untuk menziarahi beliau.Disebabkan aku tidakbegitu sihat aku menangguhkan utk berjumpa esoknya.

Terbangun di tengah malam sekitar pukul 1 pagi seolah olah ada kuasa yang mengejutkan daripada buaian mimpi.Dapatkan sedikit snek dan secawan air,aku mendapat berita dari whatsapp yang mengatakan beliau telah pergi buat selama lamanya.

ALLAH ALLAH ALLAH.

Tersentak aku.Seolah olah dipaku ke dalam hati.Terkejut.Sedih.Tidak sangka.

Aku rasa sedih kerana aku lambat membuat keputusan untuk membantu arwah untuk membuat perancangan harta jikalau dia meninggal satu hari nanti.

Aku sedih sebab aku rasa teragak agak untuk memberikan cadangan.

Episode kali ini tidak lain tidak bukan membuka mataku untuk seboleh mungkin sebarkan Ilmu Faraid/Pengurusan harta kepada semua orang.

Kenapa semua orang?

Semua orang ada masalah Pusaka
•Semua orang ada keluarga,ada anak ada mak ayah ada adik beradik
•Semua orang ada harta,(jangan tipu saya kata kamu takde harta)
•Semua orang ada Tanggungjawab.Tinggalkan isteri dan anak anak dalam kesenangan lebih baik daripada meminta minta.
•Dan yang Pasti semua orang akan MATI.Setiap nyawa itu pasti akan merasakan kematian.

Semoga daripada kisah ini aku dan kawan kawan dapat mengambil iktibar.Kalau kamu ada client dalam pusaka atau pun takaful usah tangguh2kan,selesaikan segera usaha pendokumentasian mereka secepat mungkin.

Kita tidak mahu lagi aset Umat islam terbeku berpuluh-puluh billion dek salah cara urus

Kita tidak mahu lagi para waris bergaduh tentang harta

Kita tidak mahu lagi ruh2 arwah terbelenggu oleh hutang hutang yang tidak dapat diselesaikan.

Semoga khidmat aku ini dapat dimanfaatkan kepada seluruh umat Malaysia ini.

Ameen Ya Rabbal Alamin

Danial Asr,
01135096294
Perunding MyPusaka yang mencintaimu kerana Tuhannya.

danialasr.com

jangan lupa ikuti tips perancangan kewangan di
https://t.me/danialasrtips

shares