Select Page

Ramai di antara kita yang ada pengalaman berkaitan pusaka. Pusaka Keluarga Masih Tidak Terurus Ada yang pandai urus ada yang tidak.Dan berani saya katakan, majoriti daripada orang kita tidak pandai mengurus atau memang tidak mempunyai masa untuk mengurusnya. Tambahan dengan keterbasan ilmu dan persoalan-persoalan asas yang tidak mampu dijawab seperti

“Takaful ni pusaka ke?”

“Pencen tu kena faraid tu,kan pusaka”

“Aku ada hak aku sebab kita kena ikut Faraid,kan hukum Allah”

Akibat tidak faham, kurang faham, silap faham dan buat-buat
tak faham tentang urusan pusaka

===========================================================

 

1.KONSEP ASAS HARTA DAN PUSAKA

Semasa hidup, apa yang kita miliki adalah harta

Setelah kita mati, harta akan menjadi pusaka dan ia perlu di urus

URUS

BICARA

KUASA

Untuk harta-harta yang ada dokumen pemiliki seperti

• Rumah
• Tanah
• Kenderaan
• Akaun bank
• Akaun pelaburan

Perlu lalui proses perundangan sama di pejabat Pusaka ataupun Mahkamah.

 

Dan sebenarnya Pusaka bukan hanya untuk waris semata-mata

 

PUSAKA sebenarnya juga untuk membayar Hutang

• Hutang perlu dibayar kerana akan terhalang daripada memasuki syurga

 

Ia juga boleh diberikan kepada Bukan Waris,Wakaf dan dalam bentuk Sedekah

• Pemilik harta boleh wasiatkan 1/3 hartanya kepada bukan waris atau untuk
tujuan sedekah

 

Waris

• Bakinya adalah hak waris di mana ianya boleh diwariskan mengikut
• Pesanan simati atau..
• Mufakat waris atau..
• Pembahagian mengikut Faraid

 

APA CONTOH PUSAKA

1. HARTA halal
2. SEWA belum terima
3. HUTANG belum terima
4. DIVIDEN terbitan dari harta
5. ROYALTY dari usaha
6. TAKAFUL berpenama

 

CONTOH BUKAN PUSAKA

1. HARTA haram
2. Pencen
3. Harta yang diHibah
4. Harta amanah
5. Harta pinjam
6. Khariat kematian
7. Sedekah orang ramai
8. Pampasan majikan
9. Pampasan Perkeso

 

2. APA ITU PROSES URUS PUSAKA

Kita boleh bahagikan kepada dua bahagian

1.Urus Pusaka yang tiada Dokumen

2.Urus Pusaka yang ada Dokumen

 

PROSES URUS PUSAKA YANG TIADA DOKUMEN PEMILIKAN

Contoh: pakaian, jam, perabut, antik, kasut, ternakan.

Cara untuk urus

1.Perlu Kenal pasti harta simati

2.Waris perlu berbincang antara sesama mereka

3. Dan sekiranya Waris bersetuju ia akan terjadi dalam bentuk sama ada

-Ikut pesanan si mati

-Ikut mufakatwaris

-Ikut Faraid

 

PROSES URUS PUSAKA HARTA YANG ADA DOKUMEN PEMILIKAN

Harta yang ada dokumen boleh dibahagikan kepada dua

  1. Harta Alih
  2. Harta tidak Alih

 

Harta Alih

Contoh : Akaun Bank dan Akaun ASB

MULA-Seorang dari waris buat proses pusaka dan hantar semua dokumen ke pejabat pusaka kecil atau mahkamah tinggi

BICARA-Semua waris hadir atau diwakilkan dengan surat akaun bersumpah di bicara pusaka dan mencapai persetujuan

KUASA-Surat tadbir kuasa dikeluarkan kepada WASI untuk cairkan harta dan diuruskan (bayar hutang, wasiat 1/3, waris)

 

Harta Tak Alih

Contoh : Rumah, Tanah, Kilang, Kedai

MULA-Seorang dari waris buat proses pusaka dan hantar semua dokumen ke pejabat pusaka
kecil atau mahkamah tinggi

BICARA-Semua waris hadir atau diwakilkan dengan surat akaun bersumpah di bicara pusaka
dan mencapai persetujuan

KUASA-Surat perintah pembahagian akan dikeluarkan kepada penerima dan penerima boleh buat pemindahan hak milik

 

 

3. APA ITU FARAID?

Apa Itu FARAID?

• Pembahagian yang ditentukan oleh Hukum Syarak untuk orang tertentu.
• Bahagiannya telah disebut secara nyata dalam Surah an-Nisa ayat 11-12.
• Satu tatacara pembahagian yang telah di tetapkan sebagai satu jalan penyelesaian dalam pembahagian harta umat Islam.
• Mereka yang di sebut di dalam al-Quran di namakan sebagai golongan Ashabul Furud (waris al-Quran)

 

Syarat mewarisi:

  • Kematian pewasiat (simati)
  • Waris hidup pada masa kematian pewasiat.
  • Tiada perhubungan lain yang boleh menghalang kepada perwarisan.

Faktor penting Faraid:

  • Siapa mewarisi?
  • Berapa bahagian pewarisan?

 

 

4 . APA ITU WASI?

Wasi adalah Seorang yang dllantik oleh pewasiat untuk mentadbir harta pusaka peninggalannya semasa beliau masih hidup

JIKA TIADA WASI DI LANTIK SEMASA PEMILIK HARTA MASIH HIDUP

Semua waris-waris simati hendaklah bersetuju untuk melantik seorang pentadbir harta. Biasanya proses ini mengambil masa yang lama kerana semua waris-waris mesti dikumpulkan dan semuanya perlu bersetuju dengan lantikan pentadbir harta tersebut.

SIAPAKAH YANG BOLEH MENJADI WASI

  1. Waris
  2. Bukan Waris
  3. Syarikat Amanah

Sebaik-baiknya wasi yang dilantik mempunyai tahap integriti yang tinggi supaya boleh diterima antara waris.

 

 

5 . APA ITU PENAMA?

Penama bukan milik mutlak harta tersebut. Dengan kata lain. Penama hanyalah pemegang amanah sahaja

 

Bagi menjawab persoalan tersebut, memadailah dengan dimaklumkan tuan berhubung keputusan yang telah dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MJKF) pada persidangan kali ke-15, pada 6 Mac 1978 yang telah membincangkan tentang status penama (nominee) dalam Islam. Muzakarah telah memutuskan keputusan berikut:

“Melantik penama (Nomination) oleh orang-orang Islam dalam mana-mana badan atau institusi di mana mereka menyimpan sebarang harta adalah tidak sah untuk diterima sebagai waris yang berhak menerima pusaka si mati cuma ia adalah sebagai yang melaksanakan wasiat untuk membahagikan harta pusaka tersebut kepada para waris mengikut hukum syarak…”

Selain itu isu penama juga telah difatwakan di Wilayah Persekutuan pada 2 Januari 20011 dengan keputusan bahawa orang Islam yang dinamakan sebagai penama oleh si mati dalam apa-apa skim simpanan wang dalam mana-mana Kumpulan Wang Simpanan, insurans, tabung, lembaga, syarikat kerjasama, koperasi atau institusi kewangan ialah wasi kepada si mati dan hendaklah membahagikan harta peninggalan si mati kepada waris  yang berhak mengikut pembahagian faraid.

 

 

6 . APA ITU WASIAT?

Ramai yang salah konsep tentang wasiat. Ramai di antara yang saya jumpa,apabila ditanya sudah buat perancangan harta untuk para waris,dikatanya sudah membuat wasiat.

Apa itu wasiat sebenarnya

Wasiat boleh dibahagikan kepada dua jenis atau fungsi

  1. Wasiat adalah untuk melantik wasi/pentadbir.Fungsi disini dalah untuk melantik pemegang amanah yang akan menguruskan harta si mati selepas meninggal
  2. Wasiat kepada bukan waris tidak melebihi 1/3.Wasiat ini ini bertujuan membuat pembahagian kepada bukan waris atau tujuan untuk bersedekah sebagai saham akhirat.

 

BAGAIMANA DENGAN WARIS?

Yang sebenarnya tiadalah istilah wasiat untuk waris.Yang ada adalah wasiat dalam bentuk pesanan.Itupun memerlukan persetujuan antara waris.Dan jika salah satu waris tidak bersetuju dengan wasiat tersebut,maka batal lah pesanan tersebut.

 

7. APA ITU HIBAH?

Hibah adalah pemberian atas dasar kasih sayang daripada pemberi hibah kepada penerima hibah tanpa harapkan apa-apa balasan.

Hibah ini berkuatkuasa semasa hidup dan dilaksana selepas mati.

 

Ciri-ciri Hibah

  1. Bebas dihibahkan kepada sesiapapun sebanyak manapun
  2. Pemberi Hibah bebas guna harta selagi hidup
  3. Penerima hibah terima hibah selepas pemberi hibah mati
  4. Hibah terkeluar dari PUSAKA

 

Apa harta yang boleh diHIBAH?

  • Rumah
  • Akaun Tabung Haji
  • Unit Amanah
  • Kereta
  • Barang Kemas
  • Perabot
  • Tanah

 

SIAPA YANG PERLU MEMBUAT PERANCANGAN?

  1. Waris Faraid Rumit-Tiada anak,ada anak perempuan sahaja,mualaf,anak angkat dan lain-lain
  2. Harta Pelbagai dan Tinggi Nilai- Banyak jenis harta di lokasi berbeza-beza
  3. Hasrat berbeza dengan faraid- Ingin beri sama rata kepada anak-anak atau satu harta kepada waris
  4. Ada Waris tidak mahir atau bawah umur-Contohnya ada waris yang OKU pemikiran dan Bawah umur.Perlunya ada bantuan urus pusaka dan perlu ada pemegang amanah.

 

 

SESSI “Kaunseling Pusaka”

UNTUK APA?

• Untuk percepatkan urusan harta pusaka si mati
• Untuk pastikan urusan pusaka selesai dengan baik

UNTUK SIAPA?
• Untuk memberi kefahaman dan bantuan kepada waris
Jika berlaku kematian ahli keluarga, uruskan pusaka mereka dengan segera

DAPAT APA? PAKAR HARTA DAN PUSAKA akan datang untuk
• Kenal pasti waris Faraid dan pengiraan hak faraid
• Taklimat Pusaka kepada waris
• Bantu senaraikan harta dan hasrat simati
• Bantu dapatkan persetujuan semua waris
• Penerangan tentang proses urus pusaka
• Lantik Pentadbir (Wasi) di kalangan Keluarga
• Check list untuk proses urus pusaka
BUAT DI MANA?
• Di rumah, atau di mana yang bersesuaian

BERAPA KOS?
• RM 300 untuk sessi 2 jam

BAGAIMANA?

• Hubungi kami untuk buat temujanji 01135096294

klik di sini untuk mendapatkan servis urus pusaka

atau klik di sini untuk dapatkan kaunseling percuma.

atau klik di sini untuk menjemput kami untuk memberi taklimat di jabatan-jabatan kerajaan ataupun syarikat korporat

 

 

 

 

 

shares