Select Page

Di sini saya kongsikan 10 Tips kewangan  Ringkas yang Mudah dan Praktikal  saya akan kongsikan harini dalam bentuk santai bertujuan untuk memberi ruang dan masa kepada pembaca untuk tidak tergesa-gesa dalam kewangan mereka.

 

1. TIPS KEWANGAN PERTAMA-Tetapkan Berapa Matlamat Dana Persaraan Yang Diperlukan

Cuba jawab soalan-soalan ini.

Apabila kita sudah bersara nanti, bagaimanakah anda akan mendapat income atau pendapatan setiap bulan?

Apakah perkara yang ingin kita lakukan pada hari-hari persaraan kelak? Duduk tepi pantai rehat? Melancong ke luar negara?Europe,USA,Korea dan sebagainya.Atau sekadar duduk goyang kaki di rumah?

Bila kita akan bersara? Semasa umur 50 tahun? 40 Tahun? 92 tahun? Apa yang kita akan lakukan untuk bersara pada umur sekian-sekian? Bagaimana? Tanpa perancangan sebenarnya kita merancang untuk masa yang gelap gelita.

Bak kata orang putih

“If you fail to plan,you are planning to fail”

2. TIPS KEWANGAN KEDUA- Tahu Punca Sumber Pendapatan Kita

 

Setakat inilah , adakah daripada kita betul-betul tahu dari mana datang sumber pendapatan kita?

Tahukah ada pelbagai jenis sumber pendapatan yang terdapat di dunia ini seperti Pendapatan Aktif seperti dibayar gaji dan berniaga

Kita ada juga Pendapatan Pasif seperti pulangan Pelaburan dalam Saham,EPF , ASB ataupun sewa rumah.

Berapakah sumber pendapatan kita yang ada sebenarnya pada hari ini? Ada yang fikir pendapatannya sudah cukup.Tetapi kita juga mungkin perlu/mahu fikirkan untuk menambah lagi sumber pendapatan kita?

 

3. TIPS KEWANGAN KETIGA- Semak Status Kewangan Anda

Matlamat kewangan dah ada.Kenal pasti sumber kewangan pun sudah.Bagus.

Untuk hari ini,adakah kita telah menyemak sataus kewangan kita? Adakah simpanan telah dibuat? Berapa banyak perbelanjaan bulanan kita? Aliran tunai kita cantik atau tidak? Ada lebihan atau adakah ia tidak mencukupi?

Dengan kita tahu status kewangan kita, lebih banyak simpanan dan pelaburan yang dapat kita rancang.Selain itu, kita dapat menghindari risiko yang menjejaskan aliran tunai , selain kita dapat lebih bersedia untuk menghadapi hari yang tidak bernasib baik.

Jom semak status kewangan anda hari ini.

 

4. TIPS KEWANGAN KEEMPAT-  Semak Perbelanjaan Harian

 

Cara mudah nak catat perbelanjaan kita adalah:

-Selalu bawa buku nota kecil dan pen. Ini cara old school.Kalau cara moden, boleh pakai iphone atau fon-fon lain untuk catat dalam aplikasi sepatutnya

-Catatkan setiap jumlah dan maklumat perbelanjaan 

– Lakukan setiap hari

-Sekarang kita dah boleh nampak  perbelanjaan kita kan?

Ok ke tidak cara belanja?

Kalau tidak ok, lakukan sesuatu sekarang untuk mengatasinya.SEKARANG!

 

 

5. TIPS KEWANGAN KELIMA- SEDIA TABUNG DI DALAM RUMAH

Masa kecik-kecik dulu bukan kah mak ayah kita buatkan tabung untuk kita ?

Best kan ada tabung?

Saya ingat lagi masa saya kali pertama pecahkan tabung untuk depositkan ke akaun Affin Bank. Masa itu umur 6 tahun.

Dah besar kenapa tak buat? Benda yang baik kita sama-sama teruskan.

Untuk zaman dewasa ini, pengalaman saya sendiri, saya cuba sedaya upaya untuk letakkan sebanyakkan RM2 setiap hari. Cuba kira. RM2 darab 30 hari sudah bersamaan RM 60. Selain itu, kan kita selalu letak syiling dalam poket kan? Cadangan saya, sebelum letak baju dalam bakul baju kotor, terus korek siap-siap poket cari duit syiling untuk diletakkan terus dalam Tabung Harapan.Ops Tabung rumah.

Duit ini SIMPAN SAHAJA ye.Bukan untuk dijoli sakan.

 

6. TIPS KEWANGAN KEENAM- Elakkan Pembayaran Barangan Secara Ansuran

Mesti ramai yang pernah dengar tentang Cot Mammot Kan?

IKIYA pernah dengar?

Dulu saya dan keluarga hampir terjebak dalam perangkap ini. Siapa yang tak nak perabot-perabot cantik dalam rumah? kan?

Guna kredit kad pula tu. Bukan beli rumah atau tanah. Yang dibelinya baju,seluar baru, langsir cantik, set sofa.

Kalau teringin sangat nak pakai baju berjenama yang mahal, kumpul duit dan beli baju tu dengan Wang Tunai.

Bukan daripada duit tabung yang kita simpan tu ye.

Betul lah kata mereka, hari ini ramai orang muda dilanda masalah kewangan.Sebabnya? Berbelanja melebihi pendapatan mereka.

 

 

shares