Select Page

Ambil takaful untuk jamin hutang rumah ni, orang panggil sebagai MLTT. Ia sebenarnya bukan sejenis produk, tetapi jenama pemasaran untuk mempromosikan pampasan takaful.

Yang biasa kita dengar, ambil takaful dan bila meninggal pampasan takaful akan jamin baki hutang rumah yang tinggal. Ia seolah-olah mengganti fungsi MRTT. Ini kerana tak ramai pembeli rumah yang ada fungsi MRTT dalam pinjaman mereka. Jadi, alternatif yang ada, mereka ambil MLTT.

Ada betul dan tak berapa betul. Baca lebih lanjut kat bawah ni. Tapi sebelum tu, kita kena tahu kenapa pentingnya ada takaful dalam pembelian rumah.

Kenapa kena ada takaful bila beli rumah?

Jika kita sebagai pemilik rumah, perkara yang pasti kita kena hadapi adalah mati. Kita kalau boleh, nak rumah kita beli tu dapat diwarisi kepada keluarga kita. Jadi, untuk pastikan pertukaran nama kepada waris kita, baki hutang rumah mestilah diselesaikan terlebih dahulu.

Kalau baki hutang lagi RM200,000 siapa yang nak bayarkan? Bagi mereka yang ambil MRTT, disinilah fungsinya. Baki pinjaman rumah kita akan diselesaikan dengan pampasan MRTT ni.

Bila ada MRTT ni, bayaran bulanan pinjaman rumah akan jadi mahal sikit sebab kos MRTT diserap dalam pinjaman rumah tu. Walaupun mahal sikit, tapi ia boleh melancarkan urusan penukaran nama nanti.

Yang tak ada MRTT macam mana pula?

MLTT tidak selesaikan masalah sepenuhnya

Contohnya, harga rumah RM400,000. Jadi, kita pun ambillah polisi takaful yang nilai pampasannya RM400,000 juga. Bila kita meninggal, penerima hibah yang kebiasaannya adalah pasangan kita akan terima pampasan tersebut.

Baki hutang tinggal RM200,000. Jadi, pasangan kita pun bayarlah habis baki hutang tu menggunakan pampasan yang diterima.

Bahagian seterusnya ni yang selalu kita lupa. Dah selesai bayar hutang rumah, pertukaran nama pemilik rumah tidak berlaku sekelip mata. Kena ingat, dalam pewarisan ni, kita kena ambil kira hak waris yang lain.

Kena pula dalam struktur faraid kita termasuk sekali adik beradik. Mereka ada hak untuk tuntut bahagian mereka. Untuk mudahkan pemahaman, saya beri contoh seperti dibawah ni :

  • Jumlah pinjaman : RM400,000
  • Tempoh pinjaman : 30 tahun
  • Interest : 5%

Pada tahun ke 20, si pemilik meninggal dunia.

  • Baki hutang : RM202,000
  • Si penerima hibah iaitu pasangannya gunakan pampasan untuk bayar baki hutang dengan bank.
  • Harga pasaran rumah tu telah meningkat jadi RM600,000.
  • Struktur faraid : mak ayah si mati sudah meninggal dunia dan mempunyai anak perempuan seorang, 2 abang lelaki dan seorang adik perempuan.
  • Hak untuk abangnya sahaja sudah 10%. Jadi, pasangan si mati perlu bayar ganti hak abang si mati sebanyak RM60,000 supaya boleh melepaskan hak ke atas rumah tersebut.

Itu baru bayaran untuk seorang, untuk waris yang lain? Kalau dapat waris yang jenis faham dan bertimbang rasa, alhamdulillah. Tandatangan borang pelepasan hak dan proses pertukaran nama dapat diteruskan.

Realitinya sekarang, masa tak tahu ada hak, si waris ok je. Bila tahu ada hak, lagi-lagi puluh ribu tu, boleh jadi lain ceritanya.

Perlu Ke Sebenarnya Ambil Takaful Untuk Pembelian Rumah?

Perlu. Sebab tu saya cakap ia tak selesaikan masalah sepenuhnya. Hanya sebahagian sahaja macam saya cerita kat atas. Selebihnya, kena ada dokumen hitam putih untuk proses pertukaran nama berlaku. Cara ini lebih kos efektif dan jimat.

Apa yang dapat saya rumuskan, pampasan takaful ni boleh digunakan sebagai dana pantas untuk tanggung kos-kos pewarisan. Apa yang anda perlu buat :

  1. Senaraikan siapa waris anda. Dengan ini, baru kita boleh kenal pasti sama ada struktur faraid anda rumit atau tidak.
  2. Sediakan dana pantas. Pampasan takaful adalah salah satu dana pantas. Makin rumit struktur faraid, makin tinggi kosnya. Saya boleh beri nasihat dan tunjukkan cara bagaimana nak jimat di bahagian ni.
  3. Dapatkan khidmat pakar. Sebenarnya, kita boleh dapatkan muafakat terlebih dahulu agar waris yang lain bersetuju untuk melepaskan hak ikut persetujuan. Ini boleh dilakukan dengan mendapatkan khidmat pakar seperti daripada syarikat kami.
  4. Sediakan dokumen lengkap. Bab-bab berkaitan undang-undang ni, kita tak boleh cakap atas angin. Semuaya kena ada hitam putih dan ikut standard mahkamah. Ini juga pihak kami boleh sediakan.

Bertindak sekarang!

Tahu sahaja tidak guna, anda kena bertindak segera. Paling tidak, dapatkan nasihat terlebih dahulu. Barulah anda boleh atur langkah anda yang seterusnya.

Saya ada sediakan khidmat kaunseling 30 minit secara PERCUMA. Berdasarkan pengalaman saya, 30 minit sebenarnya sekejap. Tapi, jadual saya agak padat dan saya nak bantu seramai yang mungkin.

Saya cadangkan anda hubungi saya atau whatsapp di talian 011 3509 6294. Saya rekod masalah anda dan analisa, Kemudian, 30 minit kita jumpa nanti, saya terus bentangkan solusinya. Kan lebih mudah begitu.

Klik sini untuk whatsapp saya terus.

shares