Select Page

Sebagai seorang suami kepada seorang doktor, bagi saya perkara biasa doktor ada kad perubatan. Sebab saya sendiri carumkan untuk isteri saya.

Tapi, bila makin ramai doktor yang saya jumpa hasil referal isteri saya, rupanya masih ramai yang tiada kad medikal. Antara sebab utama adalah doktor pun boleh dapat GL dan layanan lebih cepat walaupun di hospital kerajaan.

Lain pula ceritanya dengan seorang klien saya ni, juga seorang doktor yang jumpa baru-baru ni. Jumpa saya terus minta nasihat untuk takaful.

Katanya, tak nak kacau simpanan dia dan gaji dia jika apa-apa kecemasan berlaku. Tambahan, beliau nak beri laluan kepada yang lebih memerlukan di hospital kerajaan. Baginya, beliau mampu untuk hospital swasta. Ikuti kisah beliau dalam post facebook saya dibawah ni :

 

Rule of Thumb Takaful

Apa yang dapat saya simpulkan mudah sahaja. Seperti orang lain juga. Peruntukkan maksimum 10% daripada gaji anda untuk perlindungan.

  • 5% untuk takaful nyawa (income replacement)
  • 5% untuk kad perubatan (income protection)

Saya faham bagaimana keadaan seorang doktor yang awal2 kerja, lagi-lagi yang berumah tangga. Nak stabilkan dan adaptasi dengan kehidupan disamping komitmen2 baru.

 

Tip Takaful Untuk Doktor

Jadi, bagi seorang doktor, housemanship khususnya, jika nak optimumkan perbelanjaan, ambil dulu takaful nyawa berbanding kad perubatan. Jika 5% daripada gaji bulanan RM5,000 contohnya, peruntukkan RM250 atau lebih rendah untuk takaful nyawa.

Umur HO biasanya 26-27. Dengan umur macam ni, boleh dapat pampasan dan perlindungan yang besar dengan bayaran lebih murah daripada RM250 tu. Sifirnya mudah, lagi muda waktu kita mencarum, lagi murah bayaran takaful.

Jika dah ada kemampuan dan dah dapat rentak cara kita belanja, berapa banyak kita boleh simpan, barulah anda boleh kira sama ada boleh ambil kad perubatan atau tidak. Asalkan tidak membebankan dan aliran tunai positif setiap bulan.

 

Baca : Kesilapan Besar Bila Ambil Takaful Untuk Jamin Baki Hutang Rumah

Saya ada banyak lagi tip untuk doktor-doktor ni. Mangsa utama saya adalah isteri saya sendiri. Puas saya basuh untuk celikkan bahagian kewangan. Lagi-lagi sibuk dengan kerjayanya. Jadi, sayalah yang jadi menteri kewangannya.

Anda boleh hubungi saya di danialasr.com untuk atur temujanji.

shares