Select Page

Saya mendapat pertanyaan adakah pampasan untuk mangsa pencemaran toksik yang berlaku di Johor?

Sebelum tu, kita kena fahamkan dulu terma darurat mengikut undang-undang. Jom kita baca penerangan daripada Tuan Salkukhairi Abd Sukor

Apakah itu Darurat Bencana?

Darurat bencana dibuat di bawah Perkara 25 Arahan No 20 Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana Negara MKN.

Perdana menteri sebagai ketua kerajaan, boleh membuat pengumuman darurat bencana selepas menerima nasihat Majlis Keselamatan Negara.

Contoh darurat bencana yang pernah diisytiharkan oleh kerajaan sebelum ini adalah seperti berikut:

1. Darurat jerebu Sarawak pada 1997

2. Darurat jerebu Pelabuhan Klang pada 2005

3. Darurat jerebu Muar dan Ledang pada 2013

Kesan darurat tersebut pula adalah seperti berikut:

  1. Penggemblengan dan kerahan bantuan akan diambil alih oleh kerajaan Persekutuan dan agensi-agensi atau Kementeriannya.
  2. Pembiayaan pengurusan, pemulihan dan sebagainya akan ditanggung oleh kerajaan Persekutuan.
  3. Kesemua aset dan jentera kerajaan seperti tentera, polis, JAS, RELA, dana, bot, kenderaan dan sebagainya akan dikerahkan.

Mengapa dalam banyak situasi Kerajaan Persekutuan enggan mengisytiharkan darurat bencana?

 

Elak Berlakunya Panik

Untuk mengelakkan berlakunya panik dan kerisauan melampau rakyat terhadap bencana yang berlaku.

Sebab itulah kerajaan akan sedaya upaya berusaha melakukan tindakan drastik yang sewajarnya untuk meredakan perasaan panik rakyat dan untuk memberi keyakinan kepada rakyat yang tindakan telah pun diambil dalam menangani bencana tersebut.

Misalnya dengan mencari sipembuat angkara dan mendakwa mereka di mahkamah dengan segera, selain langkah-langkah pembersihan dilakukan oleh ejensi kerajaan yang berkaitan.

 

Kos Pembiayaan Tinggi

Selain itu, jika diisytiharkan darurat, kos pembiayaan pengendalian musibah ini akan melibatkan kos yang besar kerana semua mekanisme kerajaan akan tertumpu di sana.

Misalnya kerajaan terpaksa membayar gaji yang lebih kepada kakitangan yang ditempatkan di kawasan yang diisytiharkan darurat, disamping kos pengurusan bencana yang tinggi.

 

Tuntutan Pampasan Takaful

Darurat bencana tidak diisytiharkan untuk mengelakkan mangsa bencana tidak dapat membuat tuntutan insurans / takaful.

Ini kerana tuntutan insurans / takaful tidak akan terpakai dalam kes darurat yang melibatkan bencana alam.

Seterusnya, kerajaan telah jamin bagi murid yang menjadi mangsa diberikan pampasan. Saya petik daripada Harian Metro :

SEMUA 336 murid sekolah yang menjadi mangsa pencemaran toksik di Pasir Gudang dijamin dengan pampasan di bawah perlindungan Insurans Takaful Malaysia.

 

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membantu semua murid yang menjadi mangsa mengemukakan tuntutan terus ke cawangan takaful berdekatan.

 

“Maksudnya mereka dijamin dengan pampasan. Setakat ini, statistik mangsa pesakit luar membabitkan murid sekolah adalah 188 orang.

“Mangsa yang dimasukkan ke wad pula 148 murid menjadikan jumlah semua yang mendapat rawatan sehingga pagi tadi 336 orang,” katanya di Dewan Rakyat hari semalam (14/3/2019).

 

Maszlee berkata demikian ketika menjawab usul perbahasan pengisytiharan darurat akibat pencemaran toksik di Pasir Gudang, Johor.

 

Terdahulu, sidang sebelah pagi ketika Sesi Pertanyaan Menteri (MQT), Hasan Abdul Karim (PH-PKR Pasir Gudang) mengemukakan cadangan usulnya, meminta Dewan Rakyat merundingkan isu pengisytiharan darurat di Pasir Gudang akibat pencemaran sisa toksik.

 

Usul itu kemudian dibentangkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hanipa Maidin yang diluluskan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Mohamad Arif Md Yusof.

Sumber – Harian Metro

shares