Select Page

Apa itu Takaful Trust?
Dan kenapa ia lebih POWER jika bergabung dengan hibah takaful?

Sebelum itu, apa itu hibah takaful?

 

Hibah Takaful

Ia plan takaful yang mengunakan pengagihan secara HIBAH,
maknanya duit pampasan yang waris akan dapat bila pencarum meninggal.

Ya, ia 100% akan dilaksanakan ikut hasrat si mati.

Maaflah jika cerita pasal mati.
Saya cerita realiti sahaja.

 

Kelebihan Hibah Takaful :

1. Tidak Ambil Masa Yang Lama

Duit pampasan diterima dalam masa 7-30 hari (jika tiada masalah).
Ini berbeza dengan perolehan harta melalui cara biasa yang
makan masa berbulan, malah bertahun!

 

2. Fast Cash Dan Mudah Cair

Ya, duit cepat atau bahasa lunaknya dana pantas.
Nanti orang ingat scam pula.

Ia penting untuk survival.

Sekarang ni, rata-rata semua ada harta lebih 2 juta.
Rumah sahaja sudah separuh juta. Kalau 2 buah?
Kan dah sejuta tu. Belum masuk harta lain.

Bila harta dah lebih 2 juta, kena uruskan di mahkamah tinggi.
Semestinya proses ini memakan masa dan wang ringgit untuk untuk bayar kos-kos berkaitan.

Sementara nak tunggu proses pertukaran hak milik,
waris boleh gunakan duit dana pantas ni dulu.

Selain itu, waris juga boleh gunakan dana pantas ni untuk bayar kos urus pusaka. Tidaklah jadi masalah waris tak ada duit untuk urus pusaka.

Nampakkan pentingnya ada dana pantas ni?

Perhatian kepada bread-winner diluar sana!

Anda mesti kena ada hibah takaful ni. Saya bukan nak paksa.
Tapi, tak sanggup lihat waris bersusah payah selesaikan masalah harta pusaka.
Kita kalau boleh nak tinggalkan waris kita dalam keadaan yang senang.

Senang kat sini bukanlah bermaksud kaya.
Paling tidak, waris kita tidak meminta-minta untuk mengharungi kehidupan tanpa kita.

 

3. Hibah Takaful Tidak Melalui Faraid

Cop! Sebelum tu, saya bukan kata faraid tak bagus ya.
Cantiknya faraid ni, waris lelaki dapat lebih atas dasar lelaki boleh melindungi wanita dan pelihara mereka.

Dunia hari ni lain.
Tak semua lelaki jenis bertanggungjawab kan?
Jadi, datangnya alternatif hibah ini.

Akad takaful menggunakan akad Hibah Ruqba.
Jadi, duit pampasan takaful tidak diagihkan mengikut faraid.
Ia akan diagihkan kepada penerima hibah yang telah dinyatakan oleh si pemegang polisi.

Namun begitu, hibah takaful tetap ada limitasi tersendiri.
Tak percaya? Lihat senarai yang saya tulis kat bawah ni.

 

Limitasi Hibah Takaful

1. Pemilik Polisi (Pemberi Hibah) & Penerima Hibah Mati Serentak

Tak pernah terfikir kan? Ya, ia benar dan memang dah berlaku.
Biasanya kes begini bila mati disebabkan kemalangan.

Si suami pemberi hibah.
Si isteri penerima hibah.

Hasrat awalnya,
hibah disediakan supaya isteri dan anak2 dapat teruskan
kehidupan dengan pampasan hibah tersebut.

Bila jadi sebegini, pampasan hibah itu akan jatuh ke faraid isteri.
Jadi, pampasan itu tak 100% dapat ke anak.
Ada bahagian untuk waris isteri iaitu
mak cik dan pak cik si anak-anak tersebut.

Dapat mak cik dan pak cik yang bertanggungjawab, alhamdulillah.
Kena yang jenis gelap mata? Nauzubillah.

Sekali lagi, saya tak kata faraid itu tak bagus ya.
Manusia yang tak bertanggungjawab itu yang teruk.

 

2. Pampasan Takaful Tak Tahan Lama

Bayangkan anda dapat wang pampasan RM1,000,000.
Apa yang anda akan buat pada duit tersebut?

Jenis yang pandai,
dia letak wang pampasan tu dalam instrumen yang beri pulangan purata 6% setahun. Setiap tahun dia akan dapat RM60,000.
Cukuplah untuk belanja sebulan RM5,000.
Hanya guna dividen sahaja, pampasan RM1 juta tu tak terusik pun.

Itu kalau jenis waris yang bijak.
Dapat kat anak-anak dan waris yang gelap mata dan boros?
Silap-silap setahun je dah habis!

 

3. Hutang Si Mati Tidak Dilangsaikan

Kes ni biasa berlaku untuk mereka yang buat MLTT. 
Hasrat awalnya, jika berlaku kematian,
si waris perlu guna pampasan tersebut untuk langsai hutang terlebih dahulu.

Dah nama pun hibah takaful.
Jadi pampasan yang dapat pada si penerima hibah itu adalah milik dia 100%.
Suka hati dia lah nak buat apa dengan duit tu kan?

Bagaimana kita nak pastikan penerima hibah buat apa yang kita suruh?

Teruskan membaca.

 

4. Anak Bawah 18 Tahun Tak Dapat Terus Pampasan

Kebiasaannya, jika si suami buat hibah takaful, penerima hibahnya adalah isteri.
Kalau isteri yang ambil hibah takaful, penerima hibahnya adalah anak-anak.

Pelik kan? Bila ditanya kenapa,

“Nanti seronok lah si suami guna duit tu buat kahwin baru”

Lawak kan? Tapi inilah realiti.

Walaupun saya lelaki, tapi saya bukan nak bias.
Saya faham perasaan puan-puan sekalian.

Sebenarnya, cara ni akan merumitkan keadaan.
Wang pampasan tu akan dibekukan sehingga anak berumur 18 tahun.
Atau paling tidak akan diberikan kepada yang penjaga harta.
Nak pilih yang betul-betul bertanggungjawab pun bukan mudah dan ambil masa.

Jika takut hal ini berlaku, buatlah Takaful Trust.

“Macam mana nak buat takaful trust?”

Baca dulu kelebihannya kat bawah ni.

 

Kelebihan Takaful Trust

1. Penama Hibah Bukan Manusia

Kalau manusia, manusia boleh mati.
Manusia boleh tipu.
Manusia boleh berubah hati.

Dengan takaful trust,
penama hibah takaful kita adalah syarikat Trustee.
Buat dokumen tambahan iaitu absolute assignment,
kita sudah boleh lantik syarikat Trustee
sebagai penjaga amanah wang pampasan kita.

Syarikat Trustee susah nak lingkup.
Syarikat Trustee tak boleh nak tipu sebab tertakluk pada undang-undang.

Comel kan?

 

2. Arahan Yang Fleksibel

Kalau anda risau waris anda lupa diri bila dapat duit segedebuk,
takaful trust adalah penyelesaian terbaik.

Anda boleh beri arahan contohnya,
bagi duit sara hidup RM5,000 setiap bulan.
Sementara itu, yang selebihnya akan diuruskan dan dilaburkan.
Dengan cara ini, wang pampasan tu akan kekal lama dan berpanjangan.

Bayangkan kalau boleh sara sampai 7 keturunan (maksimum 80 tahun),
banyak saham akhirat kita nanti.

Tak begitu?

Konsep ini dah lama dipraktikkan. Kita je tak tahu.
Sama juga seperti kisah kekayaan Paris Hilton.

Boleh baca kisahnya di post saya bawah ni.

 

Itulah serba sedikit kelebihan takaful trust.

Anda sudah ada polisi takaful bernilai RM500,000 ke atas?
Tahniah, anda layak untuk buat takaful trust.

Berapa kos nak buat?

Bayar sekali lump sum RM1,500 – RM3,000 (bergantung pada jumlah polisi),
anda sudah boleh cipta legasi kekayaan anda dan saham akhirat untuk anda.

Namun ada caj pengurusan selepas dapat duit dari syarikat takaful.
Dalam 0.5% -1% setahun oleh syarikat Trustee.

Waris kena bayar ke caj ni?

Jangan risau.
Macam saya cakap sebelum ni,
syarikat Trustee akan uruskan duit pampasan ni dan dilaburkan.
1% daripada nilai pampasan tu syarikat trustee dah tolak siap-siap.
Jadi, waris tak perlu keluarkan duit.

Mudahkan? 

Waris bahagia, kita pun dapat ‘saham’ kat akhirat.

 

Ada soalan?

Boleh klik di sini untuk tanya terus melalui whatsapp saya.

shares