Select Page

3 ISU HARTA PUSAKA DAN 3 KEBAIKAN MENINGGALKAN ASET DALAM BENTUK ‘GERAN’

Tuan pernah buat carian guna keyword ‘harta pusaka tidak dituntut’?

Menyedihkan apabila melihat angkanya yang mencecah bilion ringgit dengan sejumlah besar adalah milik orang Melayu, orang Islam.

Waris ditinggalkan bersama tanggungan besar yang tidak mampu ditanggung, atau waris berebut harta sehingga tidak selesai bertahun-tahun lamanya. Ia antara kes yang menyumbang kepada jumlah bilion ringgit ini.

Setiap kali ada laporan kes begini di akhbar dan media sosial, kita pun ikut termenung panjang.

Hal ini membuatkan saya terkenang kepada petikan daripada naskhah Sabtu Bersama Bapak tulisan Adhitya Mulya mengenai tanggungjawab.

Buku ini dari Indonesia, saya terjemahkan ke Bahasa Melayu supaya lebih senang faham.

“Kewajipan suami ialah siap lahir dan batin. Ketika Bapak menikah tanpa persiapan lahir yang matang, itu bermakna batin Bapak juga belum matang. Belum siap dari segi mental. Sebab Bapak belum cukup dewasa untuk memikirkan erti dari ‘siap melindungi’.

Jika batin Bapak ‘siap melindungi’, maka persiapan nyatanya ialah mempunyai tempat tinggal yang dapat melindungi ibu kamu daripada panas, hujan, dan bahaya. Tak perlu megah. Tak perlu kaya. Menyewa pun cukup. Yang jelas, ada tempat tinggal dan ia dibayar menggunakan duit daripada poket Bapak.

Jika batin Bapak ‘siap menafkahi’ maka perlu ada pendapatan yang dapat mencukupkan isteri secara wajar. Tak perlu mewah, tak perlu dimanjakan, tetapi mencukupi.

Menikah itu banyak tanggungjawabnya. Rencanakan.

Rencanakan untuk kalian.

Rencanakan untuk anak-anak kalian.”

 

This image has an empty alt attribute; its file name is Pakar-Wasiat-Keratan-akhbar-tentang-masalah-jika-tiada-wasiat-1024x576.png

Besarnya tanggungjawab menjadi ketua keluarga.

Rencanakan untuk anak-anak, maksudnya rancangkan juga untuk keluarga selepas hayat kita di dunia sudah berakhir. Para breadwinner yang baik akan menyediakan keluarganya untuk kehidupan yang baik apabila dia sudah tiada.

Saya bukan nak doakan tuan mati cepat, tidak sama sekali. Pada saya, bersedia dalam urusan harta pusaka adalah salah satu cara yang baik untuk mengingati mati.

Di Malaysia, urusan harta pusaka tertakluk di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959 [Akta 97]. D bawah akta ini, aset si mati akan dibekukan dan hanya diserahkan kepada waris apabila kes pembahagian selesai.

Secara umum, terdapat tiga isu penting dalam proses menuntut harta pusaka:

  1. Kos

– Perbelanjaan di sini bermaksud kos guaman bagi menguruskan kes tuntutan harta di mahkamah dan jumlahnya antara 5-10% daripada jumlah aset.

Sejumlah wang perlu dibayar kepada syarikat guaman sebagai deposit sebelum kes di mahkamah selesai dan aset dicairkan.

 

  1. Tempoh

– Sekiranya si mati menyediakan wasiat (dokumen hibah), proses tuntutan harta pusaka boleh diselesaikan dalam tempoh 1-3 tahun.

Tanpa wasiat, tempoh minimum tuntutan ialah 3 tahun dan mungkin akan berpanjangan kerana proses mengenal pasti waris mengambil masa selain banyak halangan akibat perebutan dan salah faham sesama waris berlaku.

 

  1. Komitmen Kewangan

– Selain belanja harian, pinjaman bagi aset tidak alih yang ditinggalkan kepada waris masih perlu dilunaskan setiap bulan. Jika tidak diselesaikan pada masanya, aset akan berisiko dilelong oleh pihak bank.

Selepas ditarik balik, si mati masih juga ada hutang pinjaman bank dan terpaksa dibayar oleh waris. Apabila komitmen ini terlalu tinggi sehingga tidak dapat ditanggung, aset yang ditinggalkan akan bertukar menjadi beban.

 

Tempoh menunggu yang panjang, pastilah akan ada kaitan rapat kepada kewangan. Makin lama, makin tinggi kos guaman. Makin panjang masa menunggu, makin banyak duit poket perlu dikeluarkan untuk bayar komitmen bulanan aset yang ada.

Banyak atau sedikit yang diwariskan, situasi ini melelahkan emosi, mental dan fizikal. Keadaan akan lebih menekan apabila poket makin nipis.

Bagi memudahkan urusan harta pusaka, perlu kepada empat perkara iaitu duit cair, dokumen hibah, muafakat waris dan penasihat kewangan.

Mengikut konteks ini, anda boleh memudahkan urusan waris dengan meninggalkan aset dalam bentuk ‘geran’.

 

This image has an empty alt attribute; its file name is kod-AAAAA-724x1024.jpg

 

Mari saya ceritakan 3 kebaikan ‘geran’ ini supaya anda nampak lebih jelas.

  1. Dana pantas

‘Geran’ yang saya maksudkan ialah polisi insurans Takaful yang tertakluk di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (IFSA 2013).

Melalui akta ini, aset boleh dicairkan dalam tempoh 1-10 hari dan ia akan sangat membantu meringankan kesedihan waris. Selain itu, mereka juga akan ada duit untuk uruskan harta pusaka.

Dana pantas ini juga akan menggantikan sumber pendapatan keluarga sementara waris menunggu kes pembahagian selesai. Dalam kata lain, ini adalah duit untuk waris survive.

 

  1. Elak perebutan

Selain menyediakan rumah sebagai pusaka kepada anak-anak, anda boleh juga menyediakan polisi Takaful kepada anak-anak tanpa perlu deposit yang besar.

Sebagai contoh, deposit untuk sebuah rumah ialah RM200,000 dan dengan jumlah yang sama anda boleh menyediakan beberapa aset ‘geran’ untuk waris. Polisi ini juga tak perlu deposit seperti tanah dan rumah.

Isu perebutan pusaka dapat diselesaikan dengan lebih baik sekiranya setiap waris menerima ‘geran’ dalam nilai yang sama. Mereka akan lebih mudah bermuafakat.

Ini yang dilakukan oleh orang Barat dan kaum Cina. Sebab itu kita jarang mendengar berita mengenai perebutan dalam kalangan mereka sekalipun harta yang diwariskan mencecah 10 angka.

 

  1. Gandakan aset

Sekiranya anda meninggalkan komitmen kewangan tertentu kepada waris, aset dalam bentuk ‘geran’ ini boleh dimanfaatkan bagi menyelesaikannya.

Selain memudahkan urusan waris, anda juga menggandakan aset kepada waris iaitu harta tidak alih (tanah, rumah) dan aset cair (nilai polisi).

Contohnya, anda memasukkan syarat supaya segala komitmen dan hutang diselesaikan dahulu (baki pinjaman bank, upah guaman) sebelum bakinya dibahagikan kepada waris mengikut faraid.

Atau, anda boleh menyerahkan tanggungjawab ini kepada syarikat Trustee yang akan menguruskan aset ini. Melalui ‘arahan’ yang ditinggalkan, syarikat Trustee akan memberi duit sara hidup kepada waris mengikut komitmen bulanan supaya duit yang mereka dapat tak habis begitu sahaja.

 

Pemergian yang tersayang itu sudah cukup menyedihkan, dan ia akan bertambah perit apabila ada bebanan tambahan yang terpaksa ditampung. Waris akan rasa lebih susah hati apabila tidak mampu menyambung komitmen yang ditinggalkan kepada mereka.

Maka, pilih menjadi breadwinner bertanggungjawab yang menyiapkan nafkah dan perlindungan kepada waris anda melalui penyediaan aset dalam bentuk geran.

Saya bersedia membantu sekiranya anda perlu lanjut. Sebarang soalan, anda boleh hubungi penasihat kewangan anda di sini.

shares